Kek lapis dara

Jeng jeng.. Arini cuma nak kongsi Kek lapis dara.. Ops jgn tanya kenapa DARA namanya.. sbb yang mengajar aku sebelum ni yang cakap namanya kek lapis dara.. Okay nah.. Taraaaaaaaaaaaaaaaa..


Aahahaha.. sepatutnya sekali kan jadi 4 lapis, tapi disebbkan loyang tak cukup tinggi so kita buat cara sendiri je lahh noh.. Ops lupa ni bahan2 yang perlu ade.

Bahan-bahan:

1. 10 biji telur
2. 450gm mentega
3. 1 Tin kecil nestle cream
4. 2 gelas tepung gandum
5. 200 gm horlick
6. 2 bungkus tepung aiskrim vanilla
7. 1/2 gelas gula halus (Guna gula kasar pon boleh tapi blended sampai halus)
8. 125gm milo
9. 1 Tin susu manis (klu tak suka manis boleh kurang susu 3/4)
10. Esen rose (pewarna)
11. Esen pandan (pewarna)

Cara-cara:

1. Pecahkan mentega
2. Masukkan telur dan gula halus (Gaul sampai sebati guna stand mixer lgi bagus)
3. Masukkan susu, nestle, horlick, tepung aiskrim vanilla dan tepung gandum. (Gaul sampai sebati )
4. Adunan tersebut bahagikan kepada 4 bahagian (sbb nak buat 4 lapis)

Lapisan pertama: Adunan + milo

Lapisan kedua: Adunan + Esen rose

Lapisan ketiga: Adunan + Esen pandan

Lapisan keempat: Adunan sahaja (Plain)

5. Tuang adunan ke dalam loyang (Bebas mengikut citarasa sendiri nak adunan mana dahulu)

6. Kukus Adunan berlapis2. Maksudnya kukus adunan pertama, bila dah siap kukus (tak terlalu lembik/cair atau keras) baru masukkan adunan kedua untuk lapisan seterusnya dan ulang mengukus lapisan demi lapisan okay.

7. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam dan SIAP !!! yeah !!!







TESTIMONI DARI BAE

 
Tak lupa jugak nak bg bae kesayangan rasa.. He like it.. hee.. Takpe bae nanti saya buat lagi ok..



 

1 comment:

leave ur opinion :)